Guru "Terlampau": Kementerian Pendidikan Telah Ambil Tindakan Awal

KedahNews.com baru-baru ini pernah menyiarkan klip video yang memaparkan kejadian pergaduhan antara dua guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Mentakab, Temerloh, Pahang di Pahang.

Sila baca di sini untuk laporan berkenaan:  PPD Tak Mampu Ambil Tindakan Pada Guru Ini?

Pergaduhan itu dikatakan berlaku di antara seorang pengetua sekolah tersebut dan difahamkan bahawa seorang lagi lelaki yang bersikap melampau itu merupakan guru pendidikan khas (berbaju hijau).

Menurut beberapa komen pengguna laman sosial yang mendakwa mengenali guru berbaju hijau itu, dia disifatkan sebagai seorang yang panas baran dan suka bergaduh.

Ekoran tersebarnya video berkenaan di laman-laman sosial, Kementerian Pendidikan telah bertindak menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan berkata, guru terbabit telah dikeluarkan dari sekolah itu dan kini ditempatkan di “pool” bahagian pentadbiran sementara menunggu laporan siasatan.

“Kami akan menunggu laporan dari siasatan yang dijalankan sebelum turut merujuk guru terbabit ke jawatankuasa tatatertib,” katanya.

Berikut disiarkan sekali lagi video guru "terlampau" itu untuk dijadikan tauladan...