"Hadiah Istimewa" Dari Kami, KedahNews.com, Sempena Aidilfitri 2014...

Aidilfitri yang bakal menjelang sehari dua lagi, KedahNews.com ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, "kullu 'aamin wa antum bi khair..", kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia, khasnya di negeri Kedah.

Kami warga KedahNews.com memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya terdapat salah atau silap sepanjang pembabitan kami yang baru "setahun jagung" di dalam penyiaran berita secara online ini. Maafkan kami...

In shaa Allah, dengan semangat yang tinggi berbekal etika kewartawanan yang tinggi, kami akan perbaiki segala kelemahan pada kami dari masa ke masa. Doakan supaya kami diberi hidayah dan petunjuk dari Allah SWT untuk menyiarkan berita terbaik untuk anda semua selalu...


Sempena Aidilfitri ini, kami kongsikan sebuah klip video Aidilfitri istimewa, menyaksikan seorang gadis Tiong Hua menyanyikan lagu berjudul "Selamat Hari Raya" yang pernah didendangkan oleh biduanita negara, Allahyarmah seniwati Saloma.

Semoga terhibur dan bergembira bersama sanak-saudara di hari lebaran nanti. Wassalamua'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....

-Editorial KedahNews.com