Hari Ke-7: Serangan Israel Bunuh 172 Penduduk Gaza


Gaza, 14 Julai - Serangan hari ketujuh tentera Israel ke atas Gaza telah meragut nyawa  seorang lelaki dan wanita semalam menjadikan jumlah keseluruhan angka kematian penduduk meningkat kepada 172 orang.

Kedua-dua mangsa terbaru meninggal dunia akibat mengalami kecederaan teruk ketika serang udara yang dilakukan oleh Israel pada hari Ahad lalu yang mengorbankan enam orang penduduk sebelum ini.

Dalam serangan udara semalam telah mengorbankan seorang warga emas berusia 65 tahun di Deir el-Balah, seorang remaja berusia 20 tahun yang tinggal di Rafah berdekatan negara Mesir dan dua lagi di Khan Yunis yang terletak di bahagian selatan negera itu.

Selain itu, satu lagi serangan pada hari yang sama turut mengorbankan seorang remaja berusia 14 tahun dan dua orang lagi terbunuh di Beit Hanun di utara Gaza.

Jurucakap Perkhimatan Kecemasan di Gaza, Ashraf Al-Qudra berkata, tentera Israel telah membunuh seorang wanita di kem pelarian Maghazi serta seorang lagi rakyat Palestin turut terbunuh dalam serangan awal tentera itu pada awal pagi Ahad.

Menurut Ashraf lagi, dengan kematian dua orang mangsa terbaru serangan tentera Israel semalam, jumlah keseluruhan telah meningkat kepada 172 kematian telah dicatat pada hari ketujuh serangan. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor