Beijing – Seorang hartawan
mendermakan seluruh harta kekayaannya bernilai £1.2 bilion (RM6.56 bilion)
kepada badan kebajikan tanpa meninggalkan sesen untuk isteri dan anak-anaknya.
Ketika muda, Yu Pengnian (gambar)
bekerja sebagai pemandu beca yang tidak berwang, namun hidupnya berubah menjadi
orang paling kaya di China ketika usianya 88 tahun.
Tanpa pengetahuan keluarga, Yu
mendedahkan mengenai harta yang didermakan kepada badan kebajikan melalui
sidang media.
Seluruh harta kekayaan itu
diberikan kepada pertubuhan miliknya yang diusahakannya lima tahun dulu.
Wang itu disalurkan sebagai
bantuan kepada pelajar, biasiswa, kerja pembinaan semula gempa bumi Sichuan dan
pembedahan pesakit katarak yang sama sepertinya.
Dermawan yang menetap di Panglin,
hotel lima bintang di Shenzhen itu bernasib baik kerana keputusannya mendapat
sokongan keluarga.
Sumber – Agensi