HARU-BIRU: Bila Dua-Dua Calon Presiden Indonesia Mengaku Menang...

JAKARTA – Kedua-dua calon dalam Pemilihan Umum Presiden (Pilpres), Joko Widodo dan Prabowo Subianto masing-masing mengisytiharkan diri sebagai pemenang berdasarkan kiraan undi awal setakat petang ini.

“Pada masa ini, undi awal itu menunjukkan gabungan Jokowi-Kalla adalah pemenangnya,” kata Widodo pada sidang akhbar, sambil merujuk kepada regunya, Jusuf Kalla.

Serentak dengan itu Prabowo pula mengumumkan kepada satu perhimpunan politik bahawa gabungan beliau dan Hatta Rajasa mendapat sokongan dan mandat daripada rakyat Indonesia dalam pemilihan 2014 itu.

Laporan agensi berita sebelum ini menyatakan keputusan awal tidak rasmi mendapati Widodo mendahuli dengan kira-kira 52 peratus, manakala Subianto memperoleh 48 peratus.

Keputusan daripada kiraan undi awal itu adalah satu petanda undi rasmi yang bakal diumumkan dalam tempoh dua minggu.

Ketua Kempen Subianto, Mohammad Mahfud, juga berkata keputusan kiraan awal menunjukkan calon mereka mendahului. Beliau menggesa penyokong supaya bertenang ketika undi terus dikira.

Pertandingan itu adalah yang ketiga selepas berakhirnya pemerintahan Suharto pada 1988. – AP