Los Angeles – Berhati-hati
apabila anda menerima video menunjukkan seorang wanita yang menanggalkan seluar
dalam melalui Facebook, kerana ia merupakan video palsu, yang akan membolehkan
penggodam memasuki komputer.
Video palsu itu akan menggalakkan
penerima untuk menekan butang bagi melihat aksi selebihnya melalui YouTube. Ia
boleh menyebabkan penggodam mencuri data peribadi pengguna.
Penggodam itu dilaporkan bermula
di Albania.
Jurucakap firma keselamatan dalam
talian Bitdefender, Catalin Cosoi berkata, pelbagai cara digunakan oleh
penggodam untuk mencuri data pengguna.
“Salah satunya adalah dengan
menumpukan kepada kaum lelaki agar mereka berminat dengan video wanita
menanggalkan pakaian.
“Video itu akan dimainkan selama
beberapa saat dan ia telah ditonton oleh berjuta-juta pengguna Facebook,’’
katanya.
Sumber: Mynewshub.my