Alor Setar - Seorang pengguna laman sosial Facebook mendakwa akaun laman sosialnya telah digodam pihak tertentu yang kemudiannya digunakan untuk mencetus provokasi terhadap isu pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang diterhempas baru-baru ini.
Pemilik asal akaun Facebook "Sim Kuang Yung" yang viral disebarkan mengutuk juruerbang pesawat MH17 menegaskan akaun itu telah digodam pihak tidak bertanggungjawab sejak setahun lalu dan adiknya telah membuat laporan polis sebelumnya.
"Akaun itu telah digodam, sudah setahun saya tidak menggunakan akaun itu.
"Adik saya juga telah membuat laporan polis setahun yang lalu. Harap pihak polis menyiasat mengenainya. Penggodam itu memang "wanted" (dikehendaki)", katanya di menerusi akaun laman Facebooknya yang baru, Sammie Sim.
Para pengamal media sosial sedang giat menyebarkan "screen shot" memaparkan "Sim Kuang Yung" mengecam juruterbang pesawat MAS MH17 yang dikatakan "bodoh" kerana menggunakan jalan udara yang dikuasi pengganas di Ukraine.
Selain itu, "Sim Kuang Yung" juga disifatkan seolah-olah sengaja menyebut perkataan "Melayu" dan "Muslim" dalam kutukan tersebut diyakini cuba mencetus provokasi perkauman dan agama di media sosial.
Malah penggodam akaun itu juga menghina Allah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Macam Allah kau tu pun tak berotak pun. Nak makan najis Najib?" katanya cuba mencetus kemarahan umat Islam di seluruh negara. -KedahNews.com