Aktivitis radikal yang sering mengkritik dan dikritik ramai, Hishamuddin Rais dilaporkan "menyerang" Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan sebagai bersalah kerana menuduh Rusia membantu pemberontak secara membuta-tuli.
Hishamuddin yang sebelum ini sering menyerang kerajaan dan memuja-muji Anwar tiba-tiba membuat "u-turn" mengejut, sebaliknya memuji tindakan berwibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Najib dilihat sebagai pemimpin dunia yang berjaya berunding dengan pemberontak," katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang dipetik dari laman astroawani, semalam,
Sebaliknya, Hishamuddin yang merupakan antara bekas pemimpin pelajar Universiti Malaysia dari ideologi sosialis itu mempersoal Anwar yang menuduh Rusia tanpa sebarang asas atau bukti kukuh.
“Anwar tanpa sebarang bukti menuduh Rusia membantu pemberontak di
Ukraine menembak MH17. Dia salah. China, India, Jerman, Belgium dan
lain-lain tidak membuat sebarang kenyataan.
“Persoalannya, siapa nasihatkan Anwar?” katanya, turut mempersoal "penasihat-penasihat" yang berada di sekeliling Anwar.
Pendekatan diplomatik yang digunakan Najib dalam menyelesaikan tragedi MH17 turut menerima
pujian dari DAP dan menyifatkan langkah yang diambil
Najib adalah terbaik bagi menyelesaikan percanggahan mengenai MH17.
“DAP bersetuju dengan Najib bahawa di kawasan konflik dengan pihak
berkuasa bertelagah, menggunakan saluran diplomatik secara senyap adalah
cara yang baik demi mencapai keputusan yang dikehendaki," kata
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang dipetik dari sumber yang sama. -KedahNews.com