Di sebalik penantian terhadap iklan raya tahun ini oleh
syarikat-syarikat gergasi yang biasanya menarik, iklan raya RTM berjaya
mencuri perhatian penonton.
Mesej yang disampaikan juga amat kena dengan keadaan semasa di mana
rata-rata orang sekarang terlalu sibuk dengan telefon bimbit dan gajet
hingga mengabaikan komunikasi sebenar.
Iklan bermula dengan sepasang suami isteri yang amat gembira apabila
mengetahui kesemua anak mereka akan pulang berhari raya namun kecewa
apabila mendapati masing-masing terlalu sibuk dengan telefon bimbit
masing-masing.
Justeru si bapa menetapkan bahawa kesemua telefon bimbit dirampas dan
masing-masing diberikan tugas khas iaitu menangkap ayam kampung,
mencari kelapa dan mendapatkan buluh untuk persiapan berhari raya.
Untuk mengetahui keseluruhan iklan, saksikan video di bawah dan anda pasti terhibur terutama dengan part akhirnya.
Tahniah pada RTM kerana berjaya menyindir kebanyakan kita namun pada
masa sama, kita masih mampu tertawa menontonnya. Sama-samalah kita
jadikan pengajaran ketika pulang berhari raya kelak.
Sumber: Mynewshub.my