Iklan Raya Yang Mampu Membuat Anda Bergenang Air Mata...


Masih ingatkah anda mengenai iklan raya yang telah dihasilkan oleh syarikat Bernas yang mengisahkan dua orang anak yatim yang mempunyai masalah penglihatan dan seorang lagi mengalami masalah pekak serta bisu.

Daripada lambakan iklan yang sering kali menghiasi kaca televisyen sempena menyambut aidilfitri, KedahNews.com merasakan iklan yang mempaparkan dua orang anak yatim yang mahu menziarahi kubur ibu salah seorang dari mereka merupakan satu terbitan yang paling terbaik dari Bernas.

Walaupun iklan tersebut telah dihasilkan pada tahun 2012, namun setiap kali ia ditayangkan kembali, KedahNews.com pasti ramai penonton yang akan mengalirkan airmata.

Apa yang dapat disimpulkan mengenai Iklan tersebut ialah video yang berdurasi tujuh minit empat puluh satu saat itu merangkumi segala aspek termasuk kesedihan,kegembiraan,kemaafan, tolong menolong tanpa mengira batas agama, persahabatan dan erti kekeluargaan.

KedahNews.com mengucapkan syabas kepada Bernas kerana berjaya menghasilkan sebuah iklan yang pasti dikenang setiap kali menyambut perayaan aidilfitri.

Di sini KedahNews.com ini berkongsi iklan yang telah dimuatnaik di laman YouTube kepada pembaca untuk tontonan semua.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor