Steven Martin
Pemilik
nama sebenar Stephen Glenn Martin ini merupakan pelakon komedi
Hollywood dengan filem-filem seperti Roxanne, Cheaper By The Dozen, The
Pink Panther dan The Big Year.
Martin juga merupakan ahli Mensa iaitu satu komuniti bagi golongan yang mempunyai IQ tertinggi, terbesar dan tertua di dunia.
Dia yang mempunyai IQ 142 juga pernah menulis di The New Yorker mengenai usahanya untuk memasuki Mensa pada 1997.
Pelakon
komedi itu juga merupakan graduan Universiti State California dalam
bidang dalam bidang falsafah dan hampir menjadi profesor.
John Legend
Penyanyi
Soul kelahiran Ohio, Amerika Syarikat ini pernah ditawarkan biasiswa
untuk menyambung pengajian di Kolej Morehouse, Georgetown dan Universiti
Harvard. Bagaimanapun, Legend menolak dan hanya menyambung pengajian di
UPenn dalam
bidang kesusasteraan Inggeris dan Afrika Amerika.
Sebelum
menceburi bidang muzik, Legend merupakan bekas kakitangan firma
perunding yang paling berprestij di dunia, Kumpulan Perunding Boston.
James Wood
Aktor
yang berusia 67 tahun ini adalah pelajar bijak yang pernah memperoleh
markah sehingga 800 secara lisan dan 779 untuk bahagian Matematik ketika
Pra-1995 SAT. SAT adalah satu ujian standard yang digunakan secara
meluas untuk kemasukan kolej di Amerika Syarikat.
Woods turut mendaftar dalam kursus algebra linear di UCLA ketika masih di sekolah tinggi.
Dia yang mempunyai IQ 184 juga pernah belajar sains politik di MIT menerusi biasiswa.
Jordana Brewster
Selepas
kejayaan filem The Fast & The Furious, Brewster meninggalkan
Hollywood untuk menyambung pelajaran di Universiti Yale dalam bidang
pengajian Bahasa Inggeris.
Dia juga dikategorikan sebagai pelajar ‘nerd’ di universiti berkenaan.
Ashton Kutcher
Bekas
pengacara Punk’d ini merupakan bekas pelajar Universiti Iowa tetapi
hanya belajar separuh jalan untuk meneruskan minatnya dalam dunia
peragaan. Selain terlibat dalam dunia hiburan, Kutcher juga terlibat
dalam pelaburan di beberapa syarikat seperti Airbnb, Spotify dan
Foursquare.
Bak kata Kutcher ‘Benda paling seksi dalam dunia adalah menjadi yang bijak’.
Edward Norton
Pelakon
yang pernah dicalonkan sebanyak dua kali dalam Anugerah Oscar ini
merupakan graduan Universiti Yale dalam bidang sejarah.
Selepas
pengajiannya, Norton berpindah ke Osaka, Jepun untuk menjadi
penganalisis di syarikat milik keluarganya iaitu salah satu syarikat
peneraju dalam penyediaan modal dan kepakaran dalam rumah mampu milik.
Norton turut mendaftar diri di Aikido, dalam seni mempertahankan diri serta mampu berbahasa Jepun dengan cekap.
Mehmet OZ
Oz
pernah digelar sebagai pakar bedah kardiotorasik yang berjaya dalam
generasinya kerana pernah melakukan pembedahan jantung dan paru-paru
sepanjang kariernya sebagi pakar bedah.
Oz
merupakan graduan Universiti Harvard dan UPenn yang mendapat kedua-dua
MD dan MBA. Dia juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah di Institut
Kardiovaskular New York selama lapan tahun. – Sinar Harian