Baru-baru ini seorang pengguna
Twitter yang menjawab soalan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ)
menerusi laman mikro tersebut telah menarik perhatian ramai.
Puncanya, soalan serius KJ yang
berbunyi “Dimanakah venue Sukan Komanwel pada 2010?” telah dibalas oleh pemilik
twitter handle @syasyamahmud atau Ratu Selfie dengan jawapan romantik “di dalam
hati kita berdua…”.
Jawapan ini boleh dianggap cuma
satu gurauan nakal memandangkan semua wanita Malaysia sudah tahu bahawa KJ
merupakan menantu bekas PM kita, Pak Lah namun ia tetap menarik perhatian
hingga mendapat banyak retweets.
Namun apabila KJ memberikan
respon bahawa dia sendiri terhibur dengan usikan tersebut dengan mengarahkan
supaya wanita ini diberikan hadiah berupa baju Malaysian Heroes, penyiasat tak
bertauliah di media siber mula menyelidik pemilik akaun Twitter tersebut.
Hasilnya adalah gambar-gambar
Ratu Selfie atau Syasya Mahmud dalam pelbagai persalinan yang diambil daripada
laman sosial miliknya.
Erm, comel juga Ratu Selfie yang
begitu berani mengorat KJ ini kan?
Kalau tak dapat KJ pun awek ni
tak perlu risau sebab ramai lagi jejaka lain pasti sanggup untuk memenangi
tempat di taman hatinya..
Sumber: Mynewshub.my