Israel Lebih Teruk Dari Pengganas!

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan bahawa tentera rejim zionis Israel bersifat sangat keji dan lebih teruk dari jenayah pengganas.

Melalui akaun laman sosial twitter miliknya, beliau memuatnaik beberapa keping gambar jenazah kanak-kanak Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan tentera rejim zionis itu.

Menerusi wajah-wajah kanak-kanak tidak berdosa itu, beliau meluahkan rasa geram dan sakit hatinya terhadap rejim Israel.

"Sesiapa yang melakukan ini (pembunuhan rakyat Palestin) adalah lebih teruk daripada pengganas," katanya menerusi laman sosial itu.

TweetMusaHassan 

Sebelum itu, bekas Ketua Polis Negara yang terkenal dengan ketegasannya itu turut menulis di Twitter mengutuk serangan tentera zionis rejim Israel yang melancarkan serangan sejak Selasa lepas.

"Sungguh zalim zionis Yahudi dan penyokong-penyokong mereka," kata Musa.

Menurut laporan beberapa media, mangsa serangan tentera rejim Israel sehingga awal hari ini sudah mencecah 121 orang.

Seramai 16 orang rakyat Palestin terbunuh dalam serangan awal hari ini di Semenanjung Gaza, demikian menurut sumber pasukan perubatan.

Serangan dilancarkan selepas dua terbunuh dalam satu letupan di sebuah pusat kebajikan di Beit Lahiya, utara Gaza, manakala tiga lagi maut di barat Bandar Gaza.

Awal semalam, empat dilaporkan maut di Jebaliya, utara semenanjung Gaza manakala dua lagi di bahagian selatan Deir el Balah.

Memetik kenyataan dari para pegawai tempatan, serangan awal pagi itu turut mensasarkan masjid dan rumah para pegawai Hamas sepanjang pesisir wilayah terbabit. -KedahNews.com