Di saat McDonald’s menerima
tempias kemarahan orang ramai terhadap isu serangan Israel pada penduduk Islam
Palestin di Gaza hingga ada yang melancarkan boikot terhadap produk mereka, ada
isu baru yang tidak sepatutnya berlaku melibatkan makanan segera ini.
Ia adalah kalimah menyerupai
perkataan ALLAH pada pek kentang goreng edisi World Cup yang kini giat
dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej Whatsapp.
Di sebalik lukisan grafik pada
pek kentang goreng tersebut, terdapat ukiran berupa kalimah Allah yang tidak
dapat dipastikan sama ada ia disengajakan.
Apa pun alasannya, McDonald’s
perlu lebih hati-hati dan sensitif dengan isu seperti ini kerana seperti kita
sedia maklum, kalimah Allah terlalu suci dan tidak boleh diletakkan sesuka hati
pada sebarang objek.
Sumber : MyNewsHub.My