Kecam "Sim Kuang Yung": Susahlah Kalau Terlalu Obses Pada Persepsi Sendiri... #MH17



Bukan sedikit yang marah hingga hilang sabar dan memaki hamun pengguna Facebook yang menggunakan akaun Sim Kwang Yun kerana menghina juruterbang MH17 selain mengeluarkan komen berbaur rasis dan menghina agama Islam.

Perbuatan tersebut diketahui selepas komen biadap di bawah tersebar menerusi aplikasi mesej dan laman-laman sosial.

10403276_666798036708290_7922324414403116935_n

Keadaan ini cuba dijernihkan oleh Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan Datuk Mohd Jeffry Rosman yang menerangkan bahawa wanita ini menjadi mangsa individu tidak bertanggung jawab yang telah memalsukan akaun Facebook menggunakan namanya.

Perkara sebenar dikatakan diketahui selepas beliau sendiri bertemu wanita tersebut yang sedang membuat laporan polis menafikan penglibatannya di IPD Tawau, pagi semalam.

kwangyungsim

Bagaimanapun rata-rata pelayar internet didapati masih tidak berpuas hati dan mahu menerima penjelasan ini. Bagi mereka wanita ini cuba berdalih dengan menggunakan alasan Facebook digodam dan ia sudah dapat diagak sejak awal lagi.

‘Penyiasat tak rasmi’ di media sosial turut tampil dengan print screen akaun wanita terbabit yang dikatakan sudah menampakkan perangai rasisnya sejak 2012 lagi sebagai mana komen di bawah:

simrasis

Sebenarnya apabila melihat orang menghina bangsa dan agama kita, sesiapa pun semestinya berasa marah. Namun ini bukanlah alasan untuk bertindak biadap sama seperti pihak yang telah melakukan penghinaan.

Bukanlah mahu ‘masuk’ belah wanita ini tapi kalau dilihat pada aduannya pada polis, akaun Facebook namanya dikatakan sudah disalah guna sejak 2012.

Di bawah adalah print screen status Facebook juga bertarikh 30 Oktober 2012 menggunakan namanya yang dirasakan mustahil dibuat oleh seorang ibu sebagai bukti bahawa aduannya adalah berasas.

Secara logik mana mungkin seorang ibu tergamak mengepos komen seperti ini bukan?

simson

Apa pun, aduan sudah dibuat jadi sama-samalah kita tunggu SKMM dan PDRM menjalankan tugas masing-masing.

Dalam tempoh itu janganlah kita pula berlebih-lebihan menjatuhkan hukuman termasuk memaki hamun orang lain sebelum diketahui siapa pesalahnya kerana perbuatan ini ditegah ajaran Islam.

Sumber: Mynewshub.my