Kejam Gila! Siapa Kata Semua Isteri Baik?

Seorang isteri curang di Chennai, India tergamak meletak racun dalam masakan nasi goreng yang dihidangkan kepada suaminya sehingga menjadi penyebab kepada kematian lelaki tersebut, baru-baru ini.

Menurut sumber Tamil Nesan, wanita yang dikenali sebagai Amsa, 35, dan kekasihnya, Tirupathy menjalankan komplot untuk membunuh Ramesh, 45, agar mereka boleh terus memadu kasih tanpa sebarang halangan selepas ini.

Walau bagaimanapun, anak saudara Ramesh, Sampath terus membuat laporan polis selepas curiga dengan cara kematian mengejut pak ciknya yang sebelum ini tidak pernah menghidap sebarang penyakit.

Selepas disiasat pihak polis, akhirnya Amsa yang mempunyai dua anak, mengaku membunuh mangsa yang kemudiannya dibawa balik ke kampung, di mana Amsa mengatakan kepada penduduk kampung bahawa suaminya mati disebabkan penyakit perut kronik yang dialaminya sebelum ini. 

Sumber: MYNEWSHUB.MY