Warga Israel yang terang-terangan memusuhi Islam menunjukkan
betapa mereka tiada hati perut apabila menonton serangan bom ke atas
umat Islam Palestin di Gaza seperti menonton wayang.
Mereka beramai-ramai membawa kerusi ke atas bukit dan bertepuk tangan
sambil bersorak setiap kali terdengar bedilan bom dan menyaksikan
letupan berlaku di Gaza.
Gambar yang tersebar di Twitter ini mendapat kecaman ramai namun Israel laknatullah tetap meneruskan agenda jahat mereka.
Entah berapa ramai lagi akan terkorban kerana kezaliman
terang-terangan di bulan mulia ini. Sama-samalah kita doakan semoga
saudara seislam kita di Gaza mendapat keadilan dan bantuan untuk keluar
daripada kekejaman yang sedang dilalui.
Sebaik-baiknya hulurkanlah sumbangan yang termampu termasuk menderma
kepada Tabung Gaza dan berdoa keselamatan saudara kita di sana setiap
setiap kali selesai bersolat.
Sumber: Mynewshub.my