Musuh utama umat Islam abad ini, Benjamin Netanyahu, benar-benar berang terhadap Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay, yang menegaskan bahawa rejim Israel telah melakukan jenayah perang di Palestin.
Memetik Reuters, Navi dalam kenyataannya baru-baru ini sangat yakin bahawa Israel telah melanggar undang-undang kemanusian antarabangsa dan positif mengatakan bahawa rejim zionis itu telah melakukan jenayah perang dalam serangan mereka terhadap Gaza.
"Dalam penelitian kami, kami mempunyai keyakinan tinggi bahawa Israel telah mencabul undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan tindakan tersebut sangat menjurus kepada jenayah perang", tegasnya mahu siasatan antarabangsa dilakukan terhadap rejim laknatullah itu.
Bagaimanapun, Netanyahu menganggap dakwaan Navi itu sebagai satu penghinaan terhadap Israel yang kononnya cuba mempertahan negara mereka dari serangan Hamas dan sekutu-sekutunya di Gaza.
"Keputusan Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) PBB adalah satu penghinaan kepada kami!
"HRC sepatutnya menyiasat tindakan Hamas yang menukar hospital menjadi pusat ketenteraan, sekolah sebagai tempat simpanan senjata, dan meletakkan peluru-peluru berpandu di taman permainan, rumah awam dan masjid," propa "kepala syaitan" itu pada dunia.
Sumber menjelaskan informasi dari para pegawai Palestin yang mendakwa rejim Yahudi itu telah meranapkan sekitar 475 buah rumah, lebih 2,644 buah rumah rosak teruk, 46 buah sekolah dan 56 buah masjid pula turut mengalami pelbagai kemusnahan.
Meskipun memusnahkan begitu banyak premis yang dikatakan "depot senjata", "tempat menyimpan peluru berpandu" dan "pusat ketenteraan" Hamas, wilayah haram Israel tetap diserang roket dari pejuang Palestin setiap hari!
Ia jelas menunjukkan dakwaan Netanyahu itu tidak benar sama sekali dan dia hanya menggunakan alasan yang biasa diberikan Israel bagi "menghalalkan" serangan rejimnya untuk meranapkan negara umat Islam itu. -KedahNews.com