Khairy Terpaksa Redha Jadi "Bahan" Belasahan...


PETALING JAYA – Bahang Piala Dunia masih belum berakhir bagi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin apabila beliau ‘dibelasah’ teruk oleh pengikutnya diTwitter akibat kekalahan pasukan yang disokongnya, Argentina.

Lebih menyakitkan apabila gambarnya sedang menangis disunting dan dikongsi oleh pemilik akaun @ShifterPride.

Gambar yang diulang twit oleh Khairy itu turut diulang twit oleh 4,500 pengguna Twitter lain dan disukai oleh 1,200 pengikutnya.

KJ_bahan.jpg


Pada aksi final Piala Dunia 2014 yang berlangsung awal pagi Isnin menyaksikan Jerman menang 1-0 ke atas Argentina.

“Berapa lama korang nak bash aku ni? Bulan puasa. Tak baik bash orang. Vamos,” demikian tulis Khary di Twitternya.

Khairy menjadi bahan usikan oleh pengikutnya apabila beliau begitu yakin bahawa Argentina akan menjulang trofi Piala Dunia 2014.

Sebelum ini Khairy menerusi twitnya untuk mengajak orang ramai turun ke Dataran Merdeka bagi menyaksikan siarang langsung Piala Dunia turut menyelitkan komen sinis berbunyi: “World Cup final di Dataran Merdeka. Sahur (lauk Jerman) disediakan. See you there!”

Selepas Argentina dan Jerman mengesahkan layak ke final, Khairy juga pernah membuat kenyataan yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menyokong pasukan Argentina yang disokongnya itu.

Bagaimanapun Khairy terpaksa menanggung malu apabila kata-katanya itu memakan diri sendiri apabila Najib turut ‘membelasahnya’ kerana pasukan pilihannya tewas.

Beliau turut memuat naik gambar Najib meninggalkan Dataran Merdeka dengan kapsyen: “Yang paling kuat bahan aku tadi kat Dataran Merdeka.”

KJ_pm.jpg

Najib bersama Khairy hadir di Dataran Merdeka bagi menyertai ribuan orang ramai menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2014.

Sumber : MStar