Langkah PKR menggantikan menteri besar Selangor
menggambarkan ia dibuat kerana Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berguna
lagi kepada parti itu, kata Datuk Ibrahim Ali.
Veteran politik itu membangkitkan tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menggantikannya dengan Datuk Seri Wan Azizah Ismail walaupun Khalid berkata akan menjalankan tugas sehingga pilihan raya akan datang.
“Maknanya Khalid Ibrahim tidak berhasrat untuk berhenti atau diganti. Ini bermakna Anwar guling Khalid kerana tanduk tidak berguna lagi.
“Seolah-olah Khalid tidak berguna dan mahu dibuang begitu saja. Malunya Khalid. Tak ada harga satu sen pun pada Anwar,” kata bekas anggota parlimen Pasir Mas itu.
Ibrahim berkata, apa yang berlaku dalam pentadbiran Selangor kini seperti kes di Kelantan pada penghujung 70-an yang menyebabkan darurat diisytihar.
Pada masa itu, katanya, Presiden Datuk Asri Muda mahu memecat Datuk Mohd Nasir sebagai menteri besar Kelantan sehingga menyebabkan krisis besar.
“Saya bimbang hal sama boleh berlaku di Selangor jika Khalid berkeras tidak mahu berudur secara terhormat,” katanya.
Ibrahim juga membangkitkan peranan sultan Selangor dan peraturan negeri sama ada seorang wanita bukan anak Selangor boleh dilantik ke jawatan itu.
“Jika Anwar berjaya mengangkat isterinya jadi MB Selangor, maka jelaslah PKR adalah Syarikat PKR Sdn Bhd yang mana Anwar menguasai 60 peratus saham, DAP 35 peratus dan PAS pemegang saham minoriti 5 peratus sahaja,” sindirnya.
Ibrahim berkata, walau apa pun berlaku, ia tetap menjurus kepada pergolakan politik Selangor yang didakwa makin tegang.

Sumber: Malaysiakini