Khazanah Tegaskan The Edge, Blogger Salah Lapor

Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menegaskan pihaknya langsung tidak mempunyai sebarang cadangan untuk membeli saham yang melibatkan kepentingan mana-mana syarikat di Wilayah Iskandar, di Johor sebagaimana yang didakwa The Edge sebelum ini.

Timbalan Presiden Khazanah, Mohd Asuki Abas berkata, dakwaan The Egde dan blogger "SyedOutSyedTheBox" milik Syed Akhbar Ali, adalah tidak benar sama sekali dan data-data yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris itu adalah tidak tepat untuk dirujuk.

"Khazanah buat masa ini tidak punya sebarang niat atau cadangan untuk membeli balik plot-plot tanah di Medini dari mana-mana pihak (di Wilayah Iskandar).

“Kami juga ingin menjelaskan bahawa data-data berkenaan bank tanah (land bank), keluasan tapak dan penilaian digunakan di dalam artikel tersebut adalah lapok dan tidak tepat” kata Mohd Asuki yang turut dipetik dari akhbar yang sama, hari ini.

"The Edge" menyiarkan sebuah artikel mendakwa Khazanah akan membeli saham dan kepentingan dari empat syarikat yang melabur di Wilayah Iskandar, termasuk Medini Iskandar Malaysia, dengan harga RM3 bilion.


Blogger "OutSyedTheBox" kemudiannya merujuk pada artikel tersebut untuk memburuk-burukkan kepimpinan syarikat GLC itu selain mengeluarkan kata-kata menghina seperi "dungu" dan "monkeys" yang dipercayai merujuk pada pengurusan tertinggi Khazanah.

Khazanah dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan memiliki beberapa tokoh korporat terkemuka negara sebagai Ahli Lembaga Pengarah termasuk Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Tan Sri Mohamed Nor Yakcop. -KedahNews.com