Kiki CDM25 Bakal Disiasat Polis Sebagai Pembuli

Mungkin kerana video ini sudah terlalu viral, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan kenyataan di Bukit Aman sebentar tadi bahawa PDRM akan menyiasat kes ini kerana ia melibatkan unsur pembuli jalan raya.

Dalam kenyataan yang terkini, Khalid menegaskan bahawa wanita yang tiba-tiba "terkenal" sebagai "pembuli jalanraya" itu akan disiasat sewajarnya.

“Saya sudah melihat rakaman video itu pagi tadi, kita akan siasat wanita itu. Kalau kemalangan bukan itu caranya tetapi dia perlu membuat laporan polis bukan bertindak sendiri.

"Apa sahaja melibatkan kemalangan biarlah polis menjalankan siasatan dan jangan sesekali membuat tindakan sendiri seumpama itu," kata Ketua Polis Negara yang dipetik dari media, hari ini.

Mungkin juga tiada siapa sangka, hanya kerana rakaman video berdurasi dua minit lebih yang kemudiaannya dimuatnaik ke laman media sosial sahaja, nasib seorang gadis baran berubah menjadi malang hari ini.

Video tersebut yang dimuatnaik anak perempuan lelaki tua yang menjadi mangsa herdikan seorang gadis kerana melanggar kereta barunya menjadi perhatian seluruh negara.


Majoriti orang ramai dilihat tidak bersetuju dengan cara gadis tersebut menangani situasi yang dianggap keterlaluan apabila menengking dan mengeluarkan pengunci kereta ketika berhadapan dengan pemandu tua yang melanggar keretanya tanpa disengajakan.

Dalam perkembangan berkaitan, wanita tersebut yang dikenali sebagai Kiki, difahamkan telah membuat satu laporan polis berkaitan kemalangan ini di Kuantan. Berikut adalah butiran aduannya yang kini tersebar:
As salam YDH Dato/ Tuan. Laporan kes menarik perhatian kemalangan jalanraya/road bully spt mana disiarkan dlm laman sosial facebook, youtube dan whatsapp.
1. Tarikh/masa kejadian : 14 hb Julai 2014 jam l/kurang 1310hrs. 2. Tempat kejadian: kawasan parking UTC Kuantan. 3. No repot : Trafik Kuantan Repot 7143/14. 4. Pengadu: Siti Fairrah Asyikin bt Kamaruddin, umur 30 tahun, kerja swasta, alamat C1 Rumah kakitangan ladang felda lepar utara 8 bandar Jengka. Pahang. 5. Ringkasan kes: Pada 14/7/14 jam lebih kurang 1310 hrs, pengadu memandu motokarnya no CDM 25 jenis Peugeot di kawasan parking UTC Kuantan utk ke tempat bayar parking tiba2 sebuah motokar jenis Toyota no CBG 5392 keluar dari sebelah kiri dan terus melanggar bhg kiri motokar pengadu. Pengadu tidak cedera dan motokar pengadu mengalami calar2 di bhg bumper belakang. 6. Tindakan diambil: kes disiasat oleh A.I.O Sjn 162772 Mohd Izam Sadhli bin Zakaria dibawah LN166/59 003(2)(B) iaitu keluar simpang tidak beri laluan. Saman telah dikeluarkan kepada pemilik motokar Toyota no CBG 5392 iaitu Sim Siak Hong umur 67 tahun seorang pesara, Alamat A 2486 Lorong Kubang Buaya 20 Off Jln Kubang Buaya Kuantan. Beliau juga ada membuat repot trafik no 7145/14 menyatakan beliau tidak cedera dan kereta tidak rosak. 7. Sewaktu diambil keterangan oleh a.i.o, lelaki cina ini ada menyatakan pengadu ada mencekak baju beliau dan mengetuk kereta beliau dengan stering lock. A.i.o telah memberi nasihat agar beliau membuat laporan polis namun lelaki cina ini ada menyatakan tidak mahu membuat laporan dan memaafkan pengadu.
Sekian utk makluman YDH Dato/ tuan drp ASP Ahmad Nazri Zainal. KBKA/KTD Kuantan, Pahang.
Sudah tentu Siti Fairrah tidak melaporkan kepada polis tentang sikapnya menjerit-jerit, memaki hamun, mengetuk kereta lelaki warga emas itu dengan pengunci stereng, dan mahu lelaki itu membayar RM2,000 sebagai ganti rugi keretanya yang hanya calar-calar di bahagian bumper, bukan?

Nampaknya Kiki atau Siti Fairrah perlu membayar harga yang sangat mahal atas ketelanjuran perbuatannya jika dibandingkan dengan nilai kemek yang tak seberapa pada kereta barunya.

KedahNews.com mencadangkan agar Kiki melipat gandakan usaha mengawal kemarahannya memandangkan marah itu merupakan nafsu yang bersifat negatif yang sewajarnya dikawal umat Islam, khususnya di bulan Ramadhan, boleh begitu? -KedahNews.com