Kuantan, 22 Julai – Siti Fairrah Ashyikin
Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang
warga emas diarahkan membuat kerja
kemasyarakatan selama 240 jam dan denda RM5,000, lapor sebuah media.
Wanita itu dijatuhkan hukuman
tersebut selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini.
Dia yang ditahan pada jam 4
petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan telah dibebaskan dengan
jaminan lewat malam hari yang sama.
Kiki dibebaskan selepas pihak
polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya.
Wanita terbabit dilihat membuli
seorang warga emas berumur 68 tahun selepas warga emas itu dikatakan melanggar
keretanya.
Dia dilihat mengetuk-ngetuk
kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta yang perbuatannya itu
dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik di laman sosial Facebook, Twitter
dan YouTube.
Sumber : Sinar Harian