NEW MEXICO – Kimberly Gordon masih dalam kandungan ibunya, Kendra
Villanueva ketika wanita itu disambar petir pada 4 Julai tahun lepas.
Bagi menyelamatkan nyawanya, Kimberly telah dilahirkan menerusi pembedahan dan dia terselamat.
Kini selepas setahun, Kimberly membesar sebagai kanak-kanak yang
sihat, dan disifatkan doctor sebagai menakjubkan kerana dapat hidup.
Meskipun terselamat, tetapi Kimberly kini masih mengalami kesan akibat kilat itu, malah rambutnya juga statik.
Dia juga tidak boleh berdiri, merangkak atau menelan makanan dengan lancar.
Doktor juga tidak mengetahui bila Kimberly akan mula berjalan atau
bercakap, malah mereka juga hairan kenapa rambut masih statik selepas
setahun mengalami peristiwa itu.
“Amat menyedihkan apabila menyaksikan dia tidak boleh makan dengan
sempurna, hanya disuap melalui tiup. Tetapi saya gembira kerana dia
dapat mengharungi semua itu,’’ katanya ibunya, Villanueva yang
terselamat dalam kejadian petir itu.
Menceritakan pengalamannya disambar petir, Villanueva berkata, pada 4
Julai tahun lepas, dia bersama teman lelakinya, Gordon sedang
menyaksikan bunga api sempena hari kemerdekaan, apabila mereka tiba-tiba
disambar petir.
Kilat itu melalui telinga Gordon sebelum berpindah kepada Villanueva dan melalui perutnya.
Ketika itu Villanueva dan Gordon berada dalam keadaan sedar namun keliru, sebelum dihantar ke hospital.
Villaneuva kemudiannya dibedah dan melahirkan Kimberly, dua minggu lebih awal daripada tarikh kelahiran.