Sempena Sukan Komanwel 2014 di
Glasgow, Scotland Menteri Belia dan Sukan; Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika
ini sedang memberikan hadiah kemeja T “Malaysian Heroes” kepada pengguna
twitter melalui satu kuiz.
Dalam kuiz berkenaan, Khairy
bertanyakan soalan kepada pengguna laman sosial itu yang berkaitan dengan Sukan
Komanwel yang merupakan temasya sukan ketiga terbesar di dunia selepas Sukan
Olimpik dan Sukan Asia.
Pada satu soalan yang
dikemukakan, Khairy menerima satu jawapan yang begitu unik dan menarik
perhatian beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
“Di manakah Venue Sukan Komanwel
pada tahun 2010,” tanya Khairy dalam tweetnya.
Soalan itu kemudiannya mendapat
berderet-deret tweet jawapan iaitu di New Delhi, India bagaimanapun ada satu
yang begitu unik dan menarik perhatian.
Dengan menyatakan akaun Twitter
Khairy, seorang wanita dengan nama akaun @syasyamahmud dia menjawab “di dalam
hati kita berdua” menjawab soalan berkenaan.
Khairy yang nyata terkejut hanya
bertanyakan “Really?” melalui twitternya.
Ekoran terkejut dan berasa unik
dengan jawapan wanita itu, Khairy turut menghadiahkan sehelai baju “Malaysian
Heroes” kepada syasya kerana keunikan jawapan itu.
“This #SukanKomanwelPickUpLine
deserves a baju, send one over to her,” kata Khairy.
Ketika ini, Khairy sedang berada
di Scotland bersama kontinjen negara yang akan beraksi memenangi tujuh pingat
emas yang disasarkan untuk dimenangi kontinjen pada temasya itu.
Sukan Komanwel 2014 di Scotland
akan membuka tirainya pada awal pagi Khamis pada pukul 4 pagi.
Sumber: Mynewshub.my