Biarpun pasukan bola sepak Jerman
sudah pun menikmati kemenangan trofi Piala Dunia FIFA edisi 2014 di Brazil
baru-baru ini, tetapi pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un masih tidak puas
menipu.
Dalam satu laporan berita negara
itu, mereka mendakwa negara mereka memenangi Piala Dunia dengan menewaskan
Brazil pada perlawanan akhir dengan jaringan 8-1.
Menggunakan teknik suntingan,
mereka menipu rakyat mereka sendiri dengan mencantumkan beberapa visual
termasuk visual pemain Brazil, David Luiz, yang menangis selepas kekalahan 1-7
dengan Jerman pada separuh akhir.
Visual itu dikatakan sebagai
tangisan Brazil selepas kalah dengan Korea Utara 1-8.
Petikan berita itu dimuatnaik di
laman YouTube, Korea News Backup pada 15 Julai lepas. Sebelum ini, mereka
menipu dengan mengatakan pasukan Korea Utara layak ke peringkat kalah mati
selepas menewaskan China, Amerika Syarikat dan Jepun.
Berita itu turut memaparkan
senarai jaringan pada peringkat kalah mati yang tidak disiarkan pun di negara
itu dengan jumlah jaringan yang pelik dan kelakar.
Mari kita lihat keputusan yang
direka-reka oleh puak penipu ini. Pada perlawanan pertama mereka menewaskan
Jepun 7-0, perlawanan kedua tewaskan Amerika Syarikat 4-0 dan perlawanan ketiga
tewaskan China 3-0.
Pada peringkat kalah mati pula,
konon-konon mereka menewaskan Portugal 7-0 dan peringkat suku akhir menewaskan
Jerman 2-1 dan di separuh akhir menewaskan musuh tradisi Korea Selatan 3-0.
Penipuan di bahagian terakhir
ialah apabila memaparkan keputusan perlawanan akhir ciptaan mereka iaitu
menentang Brazil dan mereka menang dengan jaringan besar 8-1.
Biarpun mereka menghalang
rakyatnya daripada menerima maklumat daripada luar tetapi Korea Utara mahu
dilihat sebagai sebuah negara yang berjaya pada segala segi dan menjadi yang
terbaik di dunia.
Tetapi dengan cara menipu
sebegini, ia adalah namanya kerja bodoh secara yang amat melampau.
Sumber : MYNEWSHUB.MY