Kucing Comel Pakar Curi Seluar Dalam!

Kucing merupakan haiwan kesayangan ramai.

Seorang sahabat, Abdul Rahman RA juga sangat menyayangi kucing sehingga beliau digelar "bapa kucing" (Abu Hurairah) dan nama yang diberikan Rasulullah SAW itu kekal hingga kini.

Boleh dikatakan ramai juga rakyat Malaysia sememangnya "gila"kan kucing.

Mereka sanggup menghabiskan wang beribu-ribu ringgit untuk kucing-kucing kesayangan mereka. Ada dikalangan mereka yang sanggup makan, tidur, menonton dan berkongsi serba serbi dengan haiwan kesayangan mereka itu.

Namun lain pula dengan kucing yang seekor di dalam klip video di bawah.

Kucing tersebut tinggal bersama tuannya di Carlifornia, Amerika Syarikat dan tabiat pelik haiwan yang diberi nama "Dusty" itu menarik perhatian penerbit The Animal Planet.

Dusty suka mencuri. Macam-macam benda yang dicuri kucing itu termasuklah seluar dalam, kasut dan apa jua barangan yang mampu digigitnya.

Selepas mendapatkan barangan curi, Dusty membawa pulang barang-barang tersebut ke rumah tuannya. Banyak jugalah koleksi barangan curi Dusty. Cuba tonton klip video di bawah...