Salah seorang mangsa nahas
pesawat MAS MH17 adalah pramugara, Shaikh Mohd Noor.
Pemergiannya meninggalkan impak
yang besar kepada keluarga apatah lagi allahyarham sempat menitipkan suara
menyanyikan lagu Dendang Perantau sebagai kenangan terakhir.
Sudah pasti, suaranya
mendendangkan lagu raya yang tidak sempat diraikan pada tahun ini akan menjadi
kenangan paling bermakna buat semua individu yang rapat dan mengenali
allahyarham.
Menurut adik allahyarham, Siti
Noradziah kepada akhbar Sinar Harian abangnya itu sempat berkongsikan suaranya
itu kepada mereka adik beradik menerusi aplikasi mesej WhatsApp sebelum
berlepas ke Amsterdam untuk bertugas tempoh hari.
Manakala 14 Julai lalu,
allahyarham turut mengirim suaranya menyanyikan lagu Happy Birthday sempena
ulang tahun kelahiran ibu mereka.
Di bawah adalah suara allahyarham
Shaikh Mohd Noor mendengangkan lagu Dendang Perantau.
Kami mohon, sama-samalah kita
sedekahkan al-Fatihah kepadanya yang terkorban ketika sedang berkhidmat.
Sumber : MYNEWSHUB.MY