Lelaki Bunuh Teman Wanita Untuk Popular Di TV?


Oxford, 2 Julai – Seorang lelaki layak di gelar manusia paling tidak berhati perut kerana memberi alasan mahu menjadi terkenal dan masuk televisyen setelah didapati bersalah membunuh.

Perkara itu didedahkan dalam perbicaraan di mahkamah selepas suspek, Ben Blakeley, 22, didakwa telah melakukan pembunuhan ke atas seorang gadis yang merupakan teman wanitanya, Jayden Parkinson, 17.

Jururawat penjara, Cally Brinsley, ketika memberi keterangan berkata, suspek memberitahu kepadanya bahawa dia kini sudah menjadi terkenal selepas melakukan pembunuhan.

“Dia juga berulang kali meminta peti televisyen bagi membolehkan dia melihat berita mengenai dirinya

“Dia juga berulang kali meminta peti televisyen bagi membolehkan dia melihat berita mengenai dirinya

Blakeley dipercayai membunuh teman wanitanya selepas mendapat tahu Parkinson sedang mengandung anak mereka ketika itu.

Menurut laporan, kali terakhir lelaki itu dilihat bersama Parkinson  ialah pada 3 Disember tahun lepas dan mayat gadis itu dijumpai seminggu selapas dia dibunuh. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor