Pemuda PAS menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan isu
militan yang mula dikaitkan dengan parti itu sejak kebelakangan ini.
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat mendakwa wujudnya pihak tertentu yang cuba mengaitkan PAS dengan pergerakan pengganas militan yang telah dikenalpasti oleh pihak berkuasa negara ini.
"Kita dapat maklumat ada pihak tertentu yang merancang dan mengembangkan isu militan dan ingin mengaitkannya dengan Pas.
"Ianya bertujuan untuk memburukkan parti dan menakutkan rakyat Malaysia khususnya kepada yang bukan Muslim," katanya kepada media, semalam.
Menurutnya lagi, tindakan itu menyebabkan rakyat Malaysia akan berasa takut dan tidak selesa dengan parti itu.
Sebelum ini, seorang rakyat Malaysia yang dikaitkan dengan aktiviti militan di Syria, Mohd Lotfi Ariffin, juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama Pas Pusat dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Kedah mendapat liputan media apabila memuat turun beberapa gambarnya di negara bergolak itu di laman Facebook, memakai pakaian tentera dan bersenjata.
Mohd Lotfi baru saja dipecat keahliannya dari PAS pada 11 Mei lalu kerana PAS mengambil pendirian menganggap gerakan yang disertai bekas AJK Dewan Ulamanya itu disifatkan sebagai gerakan pengganas militan dan ekstrim. -KedahNews.com