Tahniah diucapkan kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan yang selamat menimang cahaya mata pertamanya, petang kelmarin.
Bayi lelaki hasil perkongsian hidup Saiful dan isteri, Nik Suryani
Megat Deraman yang dilahirkan jam 5.35 petang di sebuah hospital di
Kuala Lumpur itu diberi nama Yusuf Bukhari.
Saiful turut berkongsi kegembiraan hatinya menerusi status Facebook berbunyi:
“Alhamdulillah, isteri saya Sue Megat Deraman selamat
melahirkan cahaya mata lelaki pertama kami. Syukur Ya Allah atas
kurniaan dan rezeki yang diberi. Hadiah hari lahir paling bermakna.
Selamat Datang Anakandaku Yusuf Bukhari bin Mohd Saiful Bukhari.”
Saiful Bukhari yang dikenali kerana kes liwatnya dengan ketua
pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan
personaliti TV3, Nik Suryani pada 25 Mei 2013.
Sumber: Mynewshub.my