New Zealand, 10 Julai – Seorang wanita yang mengakui telah diserang secara seksual oleh pegawai diplomat warga Malaysia di New Zealand mahu indentitinya didedahkan kepada umum agar dapat membantu membenteras masalah seksual dikalangan wanita dinegara itu.
Mangsa, Tania Billingsley, 21, berkata, dia
mempunyai banyak perkara untuk dikongsi berhubung dengan insiden itu walaupun
dirinya bukanlah ‘orang yang berada ditempat kejadian’.
"Ini kerana saya berharap
dengan mendedahkan siapa saya dan bersemuka untuk meletakkan mangsa yang
mendakwa membolehkan saya membantu menangani sebahagian isu berkaitan dengan
keganasan seksual di negara ini," katanya dalam satu temuramah bersama
saluran berita Channel 3 di New Zealand pada baru-baru ini.
Sebelum ini, Pegawai Waran II,
Muhammad Rizalman Ismail yang bertugas sebagai pembantu pegawai pertahanan di
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand telah didakwa oleh pihak berkuasa di
sana atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita pada 9
Mei lalu dengan niat mahu merogol mangsa.
Billingsley berkata, dia tidak
tahu mengenai status sebenar suspek ketika kejadian berlaku dirumahnya di
Brooklun dan hanya mengetahui status diplomatik Rizalman pada 11 Mei selepas
kejadian semasa menyambut ulang tahun kelahirannya.
"Saya berada di balai polis
pada pagi itu dan diberitahu bahawa dia (Rizalman) merupakan seorang
diplomat," katanya lagi.
Menurut Bilingsley lagi, dia
hanya mendapat tahu Rizalman, 38, telah pulang ke Malaysia pada 22 Mei yang
lalu setelah Suruhanjaya Tinggi Malaysia talah menolak permintaan Kementerian
Hal Ehwal Luar dan Perdagangan New Zealand untuk mengenetepikan kekebalan
status diplomatiknya supaya dia turut didakwa atas tindakannya itu.
"Saya mendapat panggilan
telefon dan seperti, 'Anda hendak tahu bahawa kami baharu sahaja mendapat tahu
dia meninggalkan negara hari ini'.
"Sudah tentu saya kecewa dan
marah kerana sejak awal lagi berkata yang saya mahu dia berada di New Zealand
dan diadili di sini,” tambah Billingsley.
Menerusi laporan Media Dominion
Post di saluran berita Channel 3, Ketua Hakim, Bruce Davidson telah membenarkan
pemohonan di Mahkamah daerah Wellington untuk menolak sekatan terhadap namanya
pada semalam.
Pada 2 Julai lalu, kerajaan
Malaysia telah bersetuju untuk menghantar kembali Rizalman ke New Zealand untuk
didakwa atas kesalahan itu tetapi tarikhnya masih belum diputuskan kerana
menunggu laporan dari Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan untuk penilaian
perubatan. –KedahNews.com/Mohd Shahir
Shukor