Kegagalan pintu
van jenazah berfungsi dengan baik menyebabkan satu mayat yang diletakkan atas
pengusung beroda terkeluar dari kenderaan itu sebelum menggelungsur di tengah
jalan raya.
Laporan media semalam menyatakan
kejadian berlaku berdekatan kompleks beli-belah Feasterville, kelmarin.
Gambar disiarkan laman sesawang
berita dalam talian menunjukkan mayat berbalut kain putih berada betul-betul di
atas jalan raya yang sibuk dengan kenderaan.
Namun mayat itu mungkin bernasib
baik kerana tiada mana-mana kenderaan melanggarnya.
Menurut Pejabat Koroner Bucks
County, pemandu van menyedari pintu belakang kenderaannya terbuka lalu
menyelamatkan mayat berkenaan.
Pihak pengurusan mayat pula
meminta maaf kepada waris si mati dan menyatakan kekesalan atas kejadian yang
tidak diduga itu.
Seorang pejalan kaki yang
melintas di jalan raya pula menganggap itu sebagai satu usikan dan menganggap
ia “perkara paling aneh” yang pernah berlaku.
Sumber : AP