Media antarabangsa, Reuters mendedahkan sebab utama kegagalan rundingan damai antara Palestin
dengan Israel yang dianjurkan Kerajaan Mesir, atau lebih tepat lagi oleh
Presidennya yang baru, Abdul Fattah Al-Sisi.
Menurut
Reuters, Abdul Fattah Al-Sisi yang menggulingkan Presiden Morsi dalam
"coup de tat" yang cukup jijik sebelum itu telah mengisytiharkan
pertubuhan Ikhwanul Muslimeen sebagai pengganas di negara itu.
"Usaha Kaheran untuk menjayakan rundingan damai antara Palestin dan Israel gagal disebabkan sebahagian besar isi rundingan tersebut menunjukkan betapa Abdul Fattah Al-Sisi memusuhi Hamas," kata media yang berada di lokasi bergolak tersebut.
Memandangkan
Hamas merupakan salah satu cabang Ikhwanul Muslimeen, Abdul Fattah yang
mengetuai rundingan damai itu bersikap berat sebelah, menyebelahi pihak
rejim Israel dan enggan mengendahkan desakan Hamas atau Palestin.
"Lagipun, Hamas merupakan sebahagian dari Ikhwanul Muslimeen, dan kerajaan Al-Sisi telah mengisythar pertubuhan itu sebagai pengganas serta memberi ancaman serius pada kepimpinannya," jelas Reuters lagi.
Oleh
kerana itulah katanya, Israel sepantas kilat sangat bersetuju dengan
rundingan damai "ala Al-Sisi" itu manakala Hamas berkeras menolak
rundingan tersebut.
Terbaharu,
Israel menerima tamparan hebat dari badan Pengurusan Penerbangan
Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengharamkan mana-mana pesawat di
bawah seliaan negara itu dari masuk ke negara haram Israel.
Israel
sebelum itu turut kehilangan jutaan pelancong yang merancang percutian
mereka ke negara itu apabila hampir semua telah membatalkan hasrat ke
sana. -KedahNews.com