SUSULAN insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17
yang terhempas di Ukraine semalam, rata-rata masyarakat di seluruh
dunia melahirkan rasa simpati atas nasib malang yang menimpa 298 orang
penumpang dan anak kapalnya.
Para selebriti tempatan juga turut tidak terkecuali dalam mendoakan
dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam
nahas itu.
Ia dapat dilihat menerusi akaun sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram mereka.
Pada masa yang sama, ada juga yang mengingatkan orang ramai agar
lebih sensitif kepada keluarga mangsa dengan tidak menyebarkan sebarang
spekulasi yang boleh melukakan hati mereka.
Sumber: Mynewshub.my