#MH17: Boleh Buat Solat Jenazah Ghaib Jika Perlu - Mufti Kedah


Alor Setar - Mufti Kedah, Dato' Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad, waris penumpang boleh melakukan solat jenazah ghaib sekiranya mayat ahli keluarga mereka yang terlibat dalam nahas kapal terbang MH17 tidak dapat dibawa pulang.

Mufti Kedah itu berkata, sekiranya mayat mangsa dapat dibawa pulang selepas solat jenazah ghaib diadakan, ia tidak menjadi satu kesalahan dan masih boleh diuruskan seperti biasa.

“Kalau rasa macam tidak ada harapan untuk bawa balik jenazah, elok buat solat ghaib dan doakan arwah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kesukaran untuk membawa pulang mayat mangsa nahas ke Malaysia bagi diuruskan dengan sempurna.

Pada 17 Julai lalu, pesawat Malaysia Airlines ( MAS) yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal telah terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Pesawat Boeing-777 MH17 itu dipercayai telah ditembak jatuh di wilayah kawalan kumpulan pemisah pro-Rusia di sekitar wilayah Donetsk, Ukraine, kira-kira 60 kilometer dari sempadan Rusia. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor