#MH17: Gambar Bukti BUK-M1 Cuba Diseludup Keluar Dari Ukraine Ke Rusia?

Kerajaan Ukraine menegaskan pihaknya mempunyai bukti bergambar yang memaparkan kumpulan pemisah pro-Rusia sebagai pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh baru-baru ini.

Ketua perkhidmatan keselamatan jabatan unit risikannya, Vitaliy Nayda, mendakwa gambar tersebut menunjukkan dua sistem peluru berpandu BUK-M1 dari Ukraine sedang menyeberangi sempadan cuba dibawa ke Rusia pada 2 pagi (waktu Ukraine) pada 18 Jun, sehari selepas MH17 ditembak.

"Satu daripadanya mempunyai set penuh empat peluru berpandu, dan selainnya darinya hanya tiga peluru berpandu,” katanya yang dipetik dari media.




Selain itu, menurut laporan dari Pusat Media Krisis Ukraine, tindakan cuba melarikan sistem peluru berpandu itu merupakan usaha puak militan pemisah di negara krisis itu untuk mengelakkan daripada dikesan oleh mana-mana pihak.

Nayda juga mendakwa bahawa tiga sistem peluru berpandu anti-pesawat, BUK-M1, yang dikenal pasti buatan Rusia telah ditempatkan di kawasan wilayah Ukraine yang dikawal kumpulan pemisah ketika pesawat MH17ditembak. -KedahNews.com