Mungkin kita sudah puas mendengar pelbagai komen, kritikan dan ulasan dari ramai pihak di Malaysia mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas setelah ditembak peluru berpandu anti-pesawat dipercayai milik puak pemisah pro-Rusia di Ukraine.
Namun apa pula kata rakyat Moscow mengenainya?
Sebuah klip video dari The Moscow Times mungkin dapat memberi serba sedikit gambaran mengenai pandangan masyarakat di ibu negara Rusia itu tentang apa yang berlaku.
Ada yang meninggalkan nota, mengaku malu dengan apa yang berlaku.
Pelajar Malaysia, Nazir Khalid yang ditemuramah media Rusia itu
meluahkan rasanya menganggap tragedi tersebut sebagai menyayat hati bagi
rakyat Malaysia di seluruh dunia.
Ramai juga yang tampil meletakkan jambakan bunga di depan Ibu Pejabat Kedutaan Belanda di Moscow.
Ada yang mendakwa ramai masyarakat Eropah dan golongan yang tidak berdosa yang terpaksa menjadi mangsa pengganas dan puak pemisah di sempadan Rusia - Ukraine.
Irina Mukhina yang merupakan seorang aktivis hak asasi manusia Ukraine pula mahu siasatan bebas dijalankan supaya tragedi seperti itu tidak berulang lagi selepas ini.
Namun seorang warga Moscom, Natalya Atamanova pula mendakwa tragedi berkenaan terjadi disebabkan oleh cubaan untuk membunuh Presiden Rusia, Vladimir Putin, namun tersilap sasaran dengan membedil pesawat penumpang yang membunuh ramai orang awam.
Saksikan klip video tersebut... -KedahNews.com