#MH17: Pihak Dakwa Nik Aziz Meninggal Dunia Buat Dosa Besar Di Bulan Ramadhan



Dalam kekalutan seluruh negara menerima berita sedih tentang pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine, terselit khabar mengejutkan tentang kematian bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah meninggal dunia.

Bagaimanapun selepas diperiksa, ia ternyata palsu dan tidak benar sebagaimana diumumkan sendiri anak beliau, Nik Mohamad Abduh.

Terkejut Dapat Berita Nik Aziz Meninggal Dunia Waktu Sahur

Salah seorang waris keluarga Nik Aziz, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani turut menafikan berita ini menerusi Facebook sambil mengingatkan pihak terlibat bahawa perbuatan memaklumkan kematian seseorang sedangkan pihak tersebut tidak meninggal dunia dianggap ‘nu’ae’ iaitu satu perbuatan yang berdosa besar.

Menurut Ustaz Ahmad Dasuki yang turut memuat naik gambar terkini Nik Aziz (atas), mereka sekeluarga terkejut menerima ucapan takziah ketika bersahur awal pagi tadi sedangkan Nik Aziz masih sihat meskipun sedang menjalani rawatan biasa di HUSM Kubang Kerian, Kelantan.

Sumber: Mynewshub.my