0 1003
BAPA pelajar pintar matematik British iaitu
Simon Mayne mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin membunuh anaknya
yang merupakan penumpang MH17.
Anaknya, Richard, 20, terdiri daripada 10 rakyat British yang
terkorban selepas puak pemisah pro-Rusia menembak jatuh penerbangan MH17
milik MAS yang dalam perjalanan Dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Richard merupakan seorang pelajar pintar British dan pakar matematik
bakal menerima ijazah kelas pertama dari Universiti Loughborough.
Dia juga kini sedang melanjutkan pelajaran di Univerisiti Leeds.
“Semua orang tahu bahawa apa yang sedang berlaku di timur Ukraine
adalah tajaan Rusia. Putin fikir dia seorang pemimpin yang dikagumi
tetapi sebenarnya dia telah membunuh anak saya.
“Semua orang juga tahu bahawa puak pemisah mendapatkan peluru daripada Rusia dan bukannya membeli dari kedai,” ujar Mayne. – mStar