#MH17: Wartawan Ini Punca Media Malaysia Disekat Masuk Lokasi Tragedi?



Seorang wartawan sebuah stesen televisyen berbayar yang dihantar ke Kiev, Ukraine didakwa telah menyebabkan media rasmi Malaysia, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) gagal mendapatkan visual lokasi nahas pesawat MH17 sehingga kini.

Perkara itu disebabkan gelagat ‘tidak sabar’ wartawan berkenaan untuk mendapatkan berita awal atau eksklusif sehingga menyebabkan pihak pemberontak yang menguasai kawasan nahas membatalkan akses kepada media rasmi Malaysia.

Pesawat MH17 merupakan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) jenis Boeing 777 terhempas di timur Ukraine di daerah Grobovo berhampiran sempadan Russia.

Para wartawan wakil media rasmi yang sudah berada di Kiev, ketika ini agak tidak  berpuas hati, dengan tindakan wartawan berkenaan yang disifatkan umpama mementingkan diri sendiri dalam mendapatkan bahan berita sehingga menyebabkan pihak lain disekat akses mereka.

Wartawan_1

Menurut beberapa sumber, wartawan berkenaan mungkin merancang perjalanan tanpa mengikuti kumpulan khas yang diketuai Majlis Kesalamatan Negara (MKN).

Beberapa wartawan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai berbahaya tambahan pula apabila bertugas di kawasan konflik perang seperti di Ukraine di kawasan yang pentadbirannya dikuasai puak pemberontak dan militan.

Mujur, pihak pemberontak hanya bertindak menyekat akses para wartawan lain, bagaimana jika kejadian ini berlanjutan sehingga ada wartawan negara kita yang ditembak oleh pemberontak.

Wartawan_3

Menurut mereka, kegagalan mereka mendapatkan visual dan imej sedikit sebanyak mengguris harapan ahli keluarga mangsa MH17 yang berada di Malaysia menantikan imej dan video terkini kawasan nahas pesawat berkenaan.

Ia menjelaskan, mengapa tiada visual terbaru daripada wakil-wakil media Malaysia yang dihantar mengikuti kumpulan pasukan khas Malaysia yang dihantar pada malam kejadian 17 Julai lepas.

Kita berharap isu ini akan selesai segera dan wakil media rasmi dari Malaysia akan diberikan ruang serta akses bagi mendapatkan visual serta gambar dari lokasi nahas.

Sumber: Mynewshub.my