KULIM - Pengunjung di Taman Tasek Kulim meminta kerjasama Pejabat Agama
Islam Daerah Kulim (PADK) untuk membuat pemantauan terhadap golongan
remaja yang sering berkelakuan sumbang di sekitar tasik itu terutama
pada waktu siang.
Dari tinjauan dibuat, selain berada dalam keadaan berdua-duaan, ada dalam kalangan merekan yang berpelukan.
Seorang kakitangan awam, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku ketika bulan Ramadan.
Menurutnya, ini merupakan antara perlakuan yang harus ditegah selain golongan mereka yang tidak berpuasa dan peniaga yang menjalankan perniagaan mereka sebelum waktu ditetapkan.
"Perlakuan sumbang ini selalunya berlaku pada hari cuti di mana ramai dalam kalangan pelajar perempuan dan lelaki berjumpa dengan pasangan mereka.
“Kita rasa kecewa apabila melihat remaja hari ini melakukan maksiat tanpa mengira tempat. Sekarang ini bulan Ramadan dan mereka seharusnya menambah ibadat dan bukannya melakukan perkara yang mungkar," katanya.
Mohd Ridzuan berkata, setiap petang pemandangan seperti ini dapat dilihat di Taman Tasek Kulim dan Dataran Putra.
"Kita sangat berharap PADK dapat mengambil tindakan terhadap golongan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen, Kulim
Bandar Baharu, Suraiya Hashim berkata, masalah sosial dalam kalangan
remaja hari ini sangat membimbangkan kerana tidak ada mana-mana pihak
yang mahu membimbing golongan ini.
“Hari ini golongan remaja yang berpeleseran semakin ramai dan ada dalam kalangan mereka ini lari dari rumah.

"Sehingga kini tempat paling selamat untuk mereka berselindung adalah
di rumah teman lelaki. Dari maklumat diterima sehingga kini lebih tiga
remaja perempuan melahirkan anak luar nikah," katanya.
Katanya, dia meminta golongan remaja perempuan dan lelaki yang bermasalah untuk tampil ke hadapan dan berjumpa dengan petugas di Pusat Khidmat Masyarakat, Parlimen Kulim Bandar Baharu.
"Kita akan cuba menasihati dan menyelesaikan masalah dihadapi golongan ini selain menempatkan mereka di tempat yang lebih selamat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian