PENDANG - Penduduk Kampung Paya Kelubi kini bimbang apabila gangguan monyet liar semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Penduduk, Che Bashah Ibrahim, 63, berkata, gangguan haiwan ini semakin menjadi-jadi sejak dua bulan lalu kerana musim buah bermula.
Menurutnya, segala tanaman di sekeliling rumahnya musnah akibat dimakan serta dirosakkan oleh monyet liar yang banyak di kawasan perkampungan itu.
“Gangguan monyet dianggarkan lebih 60 ekor ini semakin meruncing sejak dua bulan kebelakangan ini disebabkan musim buah yang baru bermula.
"Habis pokok tanaman seperti terung dan betik dimusnahkan monyet,” katanya kepada media.
Katanya, monyet ini menyerang tidak kira masa bermula dari pagi hingga petang dan penduduk perlu menutup pintu rumah kerana bimbang dimasuki haiwan terbabit.
“Monyet ini mula keluar dari hutan berdekatan dan mengganggu tanaman penduduk. Penduduk terpaksa menggunakan lastik untuk menghalau monyet ini.
“Itu pun tidak diendahkannya dan kami terpaksa menutup pintu setiap masa bimbang monyet ini masuk menggeledah barang dalam rumah,” katanya.
Bagi Siti Asa Murat, 64, dia yang hanya tinggal berdua bersama suami yang lumpuh bimbang apabila monyet ini pernah beberapa kali masuk ke dalam rumah melalui bumbung.
“Pernah monyet ini masuk melalui bumbung rumah dan hanya kami berdua sahaja tinggal di sini dan bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kerana suami lumpuh. Makcik terpaksa mengupah orang untuk menutup lubang di bumbung rumah.
“Makcik bimbang jika monyet-monyet ini menyerang pakcik yang lumpuh itu. Setakat mengganggu tanaman boleh dimaafkan lagi namun jika sampai mencederakan orang, keadaan ini tidak boleh dibiarkan,” katanya
Menurutnya, bumbung rumahnya turut menjadi mangsa apabila monyet-monyet ini terjun dari pokok buah yang berdekatan atas bumbung rumahnya.
“Habis rosak bumbung rumah makcik. Jika diperhatikan akan nampak bekas tapak kaki monyet ini di zink,” katanya.
Che Nah Yahya, 64, pula berkata, bukan setakat tanaman sahaja diganggu monyet liar ini namun ayam yang dibela turut dibunuh.
“Anak-anak ayam dalam reban semua dicampaknya ke tanah sehingga mati. Bukan itu sahaja, telur juga dimakan dan dibaling ke tanah. Saya tinggal di sini lebih 30 tahun tidak ada gangguan seperti ini dahulu namun sejak kebelakangan ini ia semakin menjadi-jadi.
"Nanas yang masih muda juga dipatahkannya. Kami di sini sudah buntu dengan masalah yang berlaku sekarang ini,” katanya.
Che Nah berkata, penduduk kampung di sini berharap pihak yang bertanggungjawab datang memantau dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Dua tahun lepas ada wakil Jabatan Perhilitan datang buat operasi hapuskan monyet-monyet ini namun kini ia menghantui penduduk di sini kembali.
“Kami berharap pihak berwajib datang menyelesaikan masalah ini bimbang ia akan mencederakan penduduk pula,” katanya.

Sumber: Sinar Harian