Seremban - "Muhriz rindu ibu, kata anak tunggal Mastura Mustafa, 40,
antara kru pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis lalu.
Muhriz Marzaidi, 10, yang juga murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tasik Jaya, berkata dia sudah mula rindukan ibunya yang kali terakhir ditemuinya Selasa lalu, ketika berbuka puasa bersama.

Katanya, petang itu ibunya memasak kari daging, sayur dan ikan siakap
tiga rasa sebelum dia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA).
Muhriz paling suka makan kurma ayam dan sup daging yang ibu masak sebab masakan ibu sedap. Selepas balik dari kerja selama beberapa hari, ibu selalu memasak makanan kegemaran Muhriz walaupun Muhriz tak pernah minta.
Teringat pesanan ibu
Selalu ibu pergi kerja tiga atau empat hari dan paling lama pun hanya lima hari, Tetapi tak sangka kali ini ibu pergi selamanya. Ibu selalu cakap pada Muhriz, ibu dah gembirakan Muhriz, Muhriz pun kena selalu gembirakan hati ibu, katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sentosa, Paroi dekat sini, semalam.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Ghazali Abdul Wahid mengunjungi keluarga Muhriz.

Sementara itu, bapa Mastura, Mustafa Abdul Samad, 83, berharap jenazah anak bongsu daripada tujuh beradik itu ditemui dalam keadaan lengkap supaya dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin.
Masih bersedih dengan kejadian menimpa anaknya, beliau mahu jenazah anak kesayangan dibawa pulang ke tanah air supaya dapat dikebumikan di sini.
Kalau boleh saya mahu melihat wajah Mastura buat kali terakhir walau dalam apa jua keadaan sekali pun dan yang paling penting disemadikan di sini, supaya ada kubur dan kami sekeluarga boleh selalu melawatnya, katanya dengan nada sebak.
Sumber: Berita Harian