Musa Hitam Mahu Kerajaan Campur Tangan Isu Politik Di UM

Kementerian Pendidikan Malaysia perlu siasat dakwaan campur tangan politik dalam UMcedel, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam pada sidang media dalam satu majlis di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Safiee, 7 Julai, 2014.

Kuala Lumpur, 7 Julai – Bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Tun Musa Hitam mahu Kementerian Pendidikan Malaysia campur tangan dalam isu politik yang membabitkan Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak kerajaan tidak seharusnya berdiam diri apabila dikritik ataupun mengambil tindakan yang dilihat berat sebelah ke atas golongan yang tidak henti-henti membidas kerajaan berhubung isu ini.

"Apabila ada tuduhan, pihak berkasa perlu meneliti atau kementerian perlu menyiasatnya.

"Siasat sama ada ia benar atau tidak. Jika benar kata benar, jika tidak kena jelaskannya," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Musa juga mahu kerajaan memberi penjelasan terhadap semua kriktikan yang telah diberikan oleh orang ramai dan bukannya bertindak membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja.

"Jangan menafikan sebarang kritikan, pemerhatian atau analisis yang dibuat oleh ahli masyarakat awam," katanya lagi.

Sementara itu, ketika di tanya mengenai perkembangan yang berlaku di UM, Musa menegaskan dia tidak tahu kerana sudah lama bersara dalam bidang politik.

Ia amalan normal pada zaman saya, semasa dalam kerajaan apabila orang beritahu kamu tidak bagus pasti ada sesuatu yang salah.

"Kamu tidak hentam orang kata itu, tapi siasatnya. Itu baru metadologi pentadbiran yang baik," katanya.

Dalam perkembangan lain, bekas Naib Canselor UM, Profesor Tan Sri Ghauth Jasmon hari ini mendedahkan dirinya sering diganggu Putrajaya selepas berjaya menemui kajian yang dijalankan oleh universiti itu.

Kajian yang dilakukan oleh UMcedel di bawah pimpinan Profesor Dato’ Dr Redzuan Othman sebagai pengasas menunjukkan pihak berkuasa Malaysia tidak menyukai hasil kajiannya kerana hasil laporan menunjukkan tidak memihak kepada mereka.

Sebagai contoh, hasil kajian UMcedel yang menunjukkan populariti Dato’Seri Anwar Ibrahim melebihi Dato”Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) yang lalu. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor