Walaupun namanya kini hangat dikaitkan kontroversi dengan
bapanya, namun perkara itu tidak menghalang pelakon Nabila Huda daripada
menyumbangkan tenaga menyertai Misi Kemanusiaan Prihatin Kemboja anjuran sebuah
badan bukan kerajaan (NGO), Al-I’tisam Relief Program (ARP) bersempena bulan
Ramadan ini.
Difahamkan misi kemanusiaan ini dijalankan selama lima
hari empat malam, dengan melibatkan aktiviti berkunjung ke beberapa buah
kampung di Kemboja antaranya Kampung Ambel dan Phom Soi.
Peserta program tersebut menyampaikan sumbangan waqaf
Al-Quran dan kelengkapan solat untuk diberikan kepada penduduk di Kampung Phom
Soi.
Semoga dengan menyertai program kemanusiaan seperti ini
akan dapat memberikan lebih ketenangan buat Nabila dan diharapkan agar
hubungannya dengan Amy Search akan kembali baik seperti biasa selepas ini.
Sumber :
Sumber : MYNEWSHUB.MY