Nak Jadi Muda Kembali, Sanggup Buat Rambut "Kotak"!


Seorang lelaki berusia 54 tahun bertekad mengayakan rambut berbentuk empat segi kerana mahu kelihatan lebih muda.

Menurut sumber, lelaki yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Wu tekad untuk menggunakan gaya rambut tersebut kerana mahu dilihat lebih muda dan berharap gadis yang sebelum ini menolak cinta akan kembali menerima dirinya.

Sumber yang KedahNews.com perolehi, Wu yang bekerja sebagai seorang saintis makmal perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan dan mempunyai pendapatan kira-kira TWD70,000(RM7,507) sebulan dan masih bujang.

Wu berkata, bukan mudah untuk mengayakan rambut berbentuk empat segi ini kerana dia memerlukan dua botol gel dan menghabiskan masa selama dua jam bagi membentuk rambut tersebut serta hanya boleh disikat sekali dalam tempoh masa 15 hari.

Dalam pada itu, gaya rambut yang pelik ini mendapat perhatian dikalangan pengguna kereta api di sana sehinggakan mereka memberi gelaran ‘Lelaki Berkepala Empat Segi’ kepada Wu. – KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor