Seorang wanita berusia 62 tahun, yang boleh digelar nenek bergelar isteri kepada suaminya yang baru berusia sembilan tahun!
Wanita warga emas tersebut, Helen Shabangu yang berasal dari Afrika
Selatan dan suaminya, Saneie Masilela sebenarnya sudah bernikah tahun
lalu, kali ini mereka mengadakan majlis bagi memperbaharui ikrar
perkahwinan.
Majlis tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan di Ximhungwe di hadapan 100 tetamu yang hadir.
Tahun lalu perkahwinan mereka mencetuskan kontroversi di kalangan
penduduk kampung, namun pengantin lelaki mempertahankan penyatuan mereka
kerana mendapat mimpi daripada nenek moyangnya supaya berkahwin dengan
wanita yang kini sudah genap setahun bergelar isterinya.
Sumber: Mynewshub.my