Orang Kota Bharu Mulakan Boikot McDonalds?



SERANGAN Israel ke atas Semenanjung Gaza nyata membangkitkan kemarahan ramai sehingga mewujudkan kempen memboikot produk yang dikatakan memberi sumbangan kepada negara Zionis itu.

Restoran makanan segera, McDonalds adalah antara jenama yang turut terkena tempias kempen ini.

Menerusi ‘screenshot’ yang mula viral di Facebook, seorang pengguna berkongsi gambar restoran tersebut di KB Mall, Kota Bharu yang kelihatan lengang pada jam 9 malam.

Menurutnya, ia mungkin penangan boikot kerana restoran lain yang berhampiran dengannya masih penuh.

Kami sendiri tidak berani mengesahkan kebenaran situasi ini, namun jika benar, ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak memandang ringan mengenai kesengsaraan penduduk Gaza.

Mungkin ada yang merendah-rendahkan usaha ini dengan menganggap ia tidak akan mendatangkan apa-apa kesan terhadap pihak musuh.

Namun, jangan lupa dengan firman Allah S.W.T menerusi Surah al-Zalzalah, 99:7 yang bermaksud:
“Maka sesiapa berbuat kebajikan walau seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya dan diberi balasan).”
Kita mungkin hanya mampu memboikot sesetengah produk sahaja, namun sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada langsung tidak berbuat apa-apa.

Sumber: Mynewshub.my