Sebuah pasaraya besar di Pulau Pinang dikatakan keliru dengan menggunakan bintang "Star of David" yang menjadi lambang bendera Israel sebagai hiasan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada hujung bulan ini.
"Star of David’, pasti ada yang sudah membayangkan simbol bintang yang terdapat pada bendera Israel.
Laman web Oh!Media baru-baru ini mendakwa
pasaraya tersebut, Megamall Pacific
di Perai, Pulau Pinang menggunakan simbol tersebut sebagai hiasan di pusat membeli-belah tersebut.
Untuk makluman, simbol itu turut digunakan dalam buku sembahyang Yahudi iaitu Siddur yang bertajuk "God of Israel".
Cuba untuk berfikiran positif, khususnya di bulan Ramadhan, KedahNews.com memohon supaya pihak pengurusan pasaraya itu menurunkan lambang Israel Yahudi laknatullah itu serta merta.
Mungkin pihak pengurusan pasaraya itu keliru dengan simbol
bintang Rub al-Hizb yang merupakan lambang yang biasa digunakan sebagai
penanda penghujung surah dalam seni khat selain hiasan berunsurkan
Islam.
Diharap agar pihak Megamall Pacific dapat memberikan respon segera
kerana perkara ini.
Bukan apa, perkara sebegini sememangnya cukup sensitif khususnya di kalangan umat
Islam, tambah-tambah lagi dengan pergolakan yang meletus di Gaza kini akibat keganasan rejim zionis Israel terhadap saudara seagama kami di sana. -KedahNews.com